Mungkin apabila menyentuh mengenai sesuatu tajuk yang sensitif ramai penulis mengambil ringan dalam merisikokan bahan penulisan mereka, sehubungan dengan itu ramai penulis memilih jalan mudah dengan menghasilkan bahan penulisan berunsurkan hiburan semata-mata dengan matlamat meraih keuntungan dan hit yang tinggi, hakikatnya kita menghadapi satu konflik seolah-olah belia masa kini hanya berselindung disebalik aktiviti hiburan semata-mata. Pada hakikatnya kita bertungkus lumus di medan perang untuk perjuangan menyediakan sesuap nasi. mungkin tajuk penulisan Kay kali ini nampak seperti agak keras, dan persoalan yang akan timbul. Siapakah saya untuk mencungkil hakikat ini, tetapi ini adalah panduan persediaan untuk bakal-bakal pemimpin diluar sana.
PUNCA KEGAGALAN ORGANISASI BESAR DI MALAYSIA.

1. Pengerusi sebagai satu-satunya orang yang beroperasi didalam organisasi.
Apabila seseorang itu memegang jawatan sebagai pengerusi beliau secara automatik bukan sahaja menjadi pemandu kapal terbang, tetapi juga menjadi tukang sapu, menjadi engineer, menjadi pramugara dan menjadi tukang masak didalam kapal terbang tersebut.sepatutnya Pengerusi menjadi pemacu untuk persatuan itu, tetapi semua bidang tugasan dihempukkan sepenuhnya kepada pengerusi, Manakala TIMBALAN DAN NAIB PENGERUSI persatuan itu menjadi tukang kritik dalam persatuan tersebut dan AHLI hanyalah anak2 ayam yang berteraburan tanpa hala tuju serta tanpa mengetahui apakah matlamat sesuatu organisasi tersebut, cukuplah sekadar menyertai mesyuarat agung dan menanti tindakan dan arahan PENGERUSI persatuan itu, sekiranya Pengerusi MENCADANGKAN AKTIVITI maka ahli-ahlijawatankuasa yang lain akan menjadi pengkritik tetap untuk aktiviti tersebut.

2. Pengerusi Sebagai PELABUR utama.
Memang tidak dinafikan kebanyakkan organisasi di malaysia ini tidak lebih dari seseorang ahli politik itu mencari populariti, maka penubuhan sesuatu persatuan dan pertubuhan itu tidak lebih dari menjadi suaka politik untuk meluaskan pengaruh.seolah-olah telah menjadi satu trend masakini dimana Pengerusi akan menjadi pelabur untuk Ahli-ahli yang menyertai. maka kebanyakkan organisasi yang tidak terlibat dengan Politik akan gagal, atau sekiranya barisan kepimpinan tidak dicalonkan didalam barisan tertinggi politik maka Organisasi itu akan terkubur bersama-sama pemimpinnya sekali.Sehingga kini Hampir semua organisasi di malaysia tidak dapat bertahan dan dilihat seolah-olah rapuh kerana akar umbi pertubuhan itu bukanlah berdasarkan minat atau sukarelawan tetapi semata-mata berlandaskan kewangan.
Setelah melihat kepada kenyataan ini maka apabila seseorang pengerusi belia yang baru memegang jawatan selalunya akan mengharapkan setelah pendaftaran pertubuhan itu lulus maka kerajaan akan menyediakan dana yang banyak dan pada hakikatnya adalah amat sukar untuk memperolehi sebarang dana dalam keadaan ekonomi yang gawat pada masa kini, maka apabila kerajaan tidak dapat menyediakan dana pertubuhan akan terkubur secara automatik.
Pengerusi pula sekiranya tidak dapat menyediakan Dana untuk pertubuhan akan dilihat sebagai seorang yang tidak berjaya sepanjang beliau memegang tugas tersebut.sekiranya Trend ini berterusan maka semua pertubuhan di malaysia ini tidak akan berjaya dan secara automatikIdea, Inovasi dan pemikiran yang baik tidak akan dapat dijana tanpa menggunakan wang.maka hanya sekiranya pengerusi mempunyai wang yang banyak barulah sesebuah organisasi itu akan bergerak.
3.Duit adalah segala-galanya
Melihat pada punca ketiga adalah satu punca yang pada masakini menjadi satu sumber yang direbutkan oleh semua orang iaitu DUIT, pada hakikatnya banyak kejadian pergaduhan dalaman pertubuhan,Perpecahan dikalangan bangsa dan Hasutan sesama ahli adalah berpunca dari DUIT ini .
Barisan Kepimpinan atasan selalunya dituduh memperolehi dana yang banyak dan pada hakikatnya dana yang diperolehi itu akan menjadi sangat-sangat sedikit kerana sekiranya sesuatu pertubuhan itu memperolehi sesuatu dana, keseluruhan ahli mesyuarat tidak lagi menumpukan kepada Idea atau perlaksanaan program itu, tetapi menumpukan kepada cara BAGAIMANA UNTUK MENGHABISKAN DANA ITU. pada hakikatnya segala fasiliti dan kapasiti sedia ada tidak lagi digunakan kerana fokus terhadap dana ini adalah semata-mata untuk menghabiskannya.
Maka kreativiti, fasiliti dan kapasiti bukan lagi menjadi satu perkara utama dalam perlaksanaan program, Ibaratnya apa sahaja fasiliti milik ahli bukan lagi milik pertubuhan, tetapi apa sahaja dana persatuan itu perlulah diserahkan kepada Ahli.dengan rakusnya pihak pentadbiran dan ahli akan menghabiskan keseluruhan dana tersebut dan mereka akan mula mengeluh bahawa dana tersebut tidak mencukupi.

4.Perniagaan VS Sukarelawan.
Apabila semua Pertubuhan Belia adalah berasaskan perniagaan maka sikap sukarelawan akan secara automatik hilang, kerana sekiranya perniagaan dibawa masuk didalam Pertubuhan Belia maka konsep Pertubuhan itu secara automatik akan lari kerana Perniagaan adalah berdasarkan mencari keuntungan manakala Sukarelawan adalah membaut sesuatu yang tidak menguntungkan. Nasihat saya untuk Pertubuhan yang ingin memperolehi keuntungan jangan daftar dengan pendaftaran pertubuhan Belia tetapi daftarlah dengan Pendaftaran Syarikat.
Banyak Pertubuhan Belia menggunakan ahli untuk mengaut keuntungan dengan itu , pertubuhan ini selalunya cemerlang pada tahun pertama, dan ahli akan mula mengeluh pada tahun kedua.Pertubuhan ini selalunya amat sukar untuk bekerjasama dalam sesuatu kerja amal dan amat sukar untuk membantu komuniti.
Prinsip Sukarelawan yang kian hilang akibat tekanan dari Masyarakat yang memandang Pengisian poket berbanding Nilai-nilai Sivik, Moral dan integiriti menjadikan Belia-belia masa kini tertekan dengan hasrat semata-mata untuk menjadi kaya tetapi hakikatnya hidup dalam keadaan yang sukar tanpa komuniti.
Pergerakan Belia yang berasaskan SUKARELAWAN selalunya bergerak dalam keadaan yang lebih sempurna dan lebih maju dari pertubuhan yang mengharapkan kewangan, selalunya pertubuhan-pertubuhan sukarelawan ini perkembangannya perlahan tetapi lebih mantap dari pertubuhan berasaskan perniagaan.
5. Penggunaan Medium IT sebagai alat percuma dalam pengurusan persatuan
Kebanyakkan pertubuhan Belia yang berposisi amat rapat dengan Kementerian selalunya adalah amat sukar menggunakan IT.oleh kerana kekurangan minat dan ilmu dalam penggunaan fasiliti IT akhirnya mereka terjebak dengan tipu helah konsultant yang menasihat kan pertubuhan untuk menggunakan VIRAL INTERNET pada kadar bayaran yang amat tinggi, hakikatnya fasiliti ini boleh diperolehi dengan percuma. maka kebanyakkan mereka tidak dapat mengekalkan ahli kerana kesukaran menggunakan teknologi.
5 Punca yang telah dinyatakan ini adalah salah satu punca Kegagalan Organisasi Belia di Malaysia dan kerana tidak dapat menerima hakikat dan nasihat kebanyakkan belia gagal menguruskan pertubuhan mereka dengan baik dan akhirnya kecundang dan mula menjadi penentang tanpa memikirkan kesan jangka panjang dalam hidup berkomuniti dan hakikat perjuangan bangsa. maka dengan itu diharap penulisan kali ini dapat membantu untuk menyediakan Belia-Belia baru yang ingin berkecimpung dalam organisasi agar terus memperbaiki keadaan ini dari masa ke semasa..
Khaireel Azlee Bin Abdul Aziz
Founder/ President of ITYM
